Kelas Individu – Mengajar Cara Mendapatkan Bil Astro Melalui Whatsapp

11 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Kg. Batu Muda menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan seperti penggunaan komputer yang mempunyai capaian internet, fotostat, percetakan, pengimbasan, kelas asas dalam pembelajaran mengenai teknologi serta sebagai penyokong ekonomi digital komuniti setempat. Penduduk di sekitar PPR Batu Muda sentiasa berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Pada 10 Mac 2022 (Khamis), ahli PEDi telah berkunjung ke PEDi untuk meminta bantuan dalam memberi tunjuk ajar bagi mendapatkan bil astro melalui whatsapp. Staf PEDi dengan berbesar hati memberikan tunjuk ajar caranya. Staf PEDi mengajar ahli PEDi tersebut dengan langkah satu per satu supaya memudahkan ahli PEDi tersebut memahami dan mengikutinya. Semoga apa yang diberikan oleh staf PEDi dapat dimanfaatkan oleh semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali